Saturday, 10 September 2011

Printer i dah berhabuk

Selalu juga tengok ramai guru guna printer lama ni..dah kira  printer tahap otai la kata orang. Saya rasa kebanyakkan sekolah ada sebijik dan kebiasaannya ianya riuh berbunyi apabila nak dekat exam atau ujian bulanan..Dalam kes sekolah saya ni tiap-tiap bulan digunakan oleh guru-guru tahun 6. Yelah takkan nak rezo je tiap bulan habis la toner.

Tapi sejak akhir-akhir ni ramai yang dah upgrade laptop masing-masing kepada windows 7..hehehe teknologi terkini la katakan..saya cuma pakai vista jer..nak jadikan cerita bila nak guna printer guna win 7 nie jadi masalah....Driver tak support...hahaha apelagi kecoh la..2-3 org yang pakai windows7 hilang akal camner nak buat printer tu berfungsi.

Mula2 taknak amik port disebabkan ada juruteknik komputer kat sekolah mungkin boleh settelkan masalah. tapi tak jumpa juga penyelesaian. Disebabkan saya ni mmg kaki GOOGLE...mulalah gatal tangan cari info yang mungkin bleh membantu. rupanya ada...dalam website panasonic ada memberitahu supaya menggunakan driver daripada printer lain iaitu : EPSON LQ series 1(80).  Mana plak nak dapat ni..Jangan bimbang mmg dah ade kat dalam PC yang melengkapi Win 7. cuma add printer kemudian pilih printer jenama EPSON LQ Series 1(80). Dah selesai...cubalah print. selamat berjaya.

Bukannya apa... ramai yang tidak tahu info ni..takut nanti org kata laptop je canggih.. printer printer lama tak dapat pakai.
Saja nak share dgn kwn ,bila baca blog Sarawak . Blog yg membantu siapa2yg dah bersedia belajar

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home